PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan tunggakan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta membabitkan My EG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd, kedua-duanya di bawah kumpulan MYEG adalah sejak Mei hingga September lalu, bukan selama tiga tahun seperti dilaporkan sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah keseluruhan tuntutan terhadap syarikat terbabit bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September lalu itu membabitkan kutipan hasil kerajaan yang masih belum dipindahkan ke Akaun Penerimaan Utama Pejabat Perakaunan kementerian.

"Ini yang saya nak memperbetulkan sedikit laporan-laporan media yang mengatakan bahawa sudah tiga tahun mengapa JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan MOT (Kementerian Pengangkutan) tak mengambil tindakan.