Kuala Lumpur: Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2026 akan dilaksanakan pada 12 Oktober hingga 2 November ini.
Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini, memaklumkan seramai 4,291 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2026 di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, seramai 904 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
"LP ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan tarikh, waktu, kod kertas, kertas peperiksaan dan arahan yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung.








