Jakarta: Lapan orang utan yang diselamatkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini daripada kebakaran yang memusnahkan kawasan di Pulau Borneo dilepaskan ke sebuah hutan perlindungan, menurut pihak berkuasa Indonesia dan pasukan penyelamat pada Ahad.
Beruk berkenaan diselamatkan dari beberapa lokasi yang musnah akibat kebakaran, kebanyakannya kawasan ladang berhampiran habitat hutan mereka, di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, bulan lalu, menurut kenyataan Kementerian Perhutanan dan yayasan pemulihan hidupan liar YIARI.
Orang utan berkenaan, terdiri daripada tiga pasangan ibu dan anak serta dua jantan remaja, dipindahkan pada Jumaat ke Hutan Lindung Batu Nyambu di Kalimantan Barat, sebuah kawasan perlindungan seluas 23,000 hektar yang merangkumi hutan primer dan sekunder.









