Kuala Lumpur: Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima memilih untuk tidak mengulas dakwaan seorang pelakon wanita yang pernah membintangi dramanya iaitu Bidaah dan Walid terbabit dalam ritual keagamaan bukan Islam sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Erma berkata, dia masih belum mengetahui kesahihan dakwaan berkenaan termasuk sama ada video yang tular sejak semalam benar-benar memaparkan kejadian sebenar atau dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Saya tidak berani bercakap lebih mengenai perkara ini kerana kita tidak mengetahui kesahihannya. Kita pun tidak tahu sama ada video itu AI atau benar-benar berlaku.
"Jadi, saya tidak mahu pandai-pandai menjatuhkan hukum terhadap sesiapa," katanya kepada BH Online.








