Kuala Lumpur: Jurusolek selebriti (MUA), Deq Sha mempertikai kehadiran jurusolek dari luar negara yang didakwa bebas bekerja di Malaysia tanpa sebarang permit kerja.

Menerusi hantaran di Threads, Deq Sha atau nama sebenar, Muhamad Shahrul Azlan berkata, kemasukan mereka tanpa kawalan secara tidak langsung akan menjejaskan rezeki ramai jurusolek artis tempatan.

Ketika dihubung, Deq Sha memaklumkan dia sebenarnya tidak menghalang kemasukan jurusolek artis dari luar untuk mencari rezeki di negara ini.

"Kalau datang dengan cara yang betul, okeylah. Kita tak ada masalah pun kerana masing-masing mencari rezeki halal. Kita nak pergi tempat orang pun macam-macam syarat dikenakan.