SANAA: Houthi hari ini memperbaharui amaran mereka kepada syarikat penerbangan, kakitangan lapangan terbang dan pengembara supaya mengelak daripada menggunakan lapangan terbang Arab Saudi.
REUTERS melaporkan kumpulan terbabit menegaskan amaran mereka itu harus 'diambil serius', dan Arab Saudi 'memikul tanggungjawab atas kegagalan memintas serangan'.
"Lapangan terbang serta ruang udara Arab Saudi terdedah kepada sasaran dan merupakan medan operasi pasukan kami, kecuali lapangan terbang di Makkah serta Madinah," kata jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, dalam X sebagaimana dilaporkan AFP pula.
Amaran itu menyusul selepas serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, semalam, menyebabkan sekurang-kurang 12 maut dan 309 lagi cedera.









