KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan denda AS$1,750 (kira-kira RM7,149) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan pelanggaran peraturan ketika perlawanan kelayakan Piala Asia Bawah 17 (B-20) Tahun 2027.

Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC, FAM dikenakan denda itu selepas skuad B-20 negara menyebabkan permulaan babak kedua lewat selama satu minit 24 saat ketika aksi antara Malaysia menentang Laos, 6 September lalu.

"Denda hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan, selaras dengan Artikel 11.3 Kod Disiplin dan Etika AFC," menurut keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC.

Sementara itu, Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC turut mengenakan hukuman terhadap tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Eddy Israfilov.