KUALA LUMPUR: Perhatian berterusan terhadap kos pembinaan dan pembangunan perumahan dapat memastikan kediaman berkualiti kekal mampu milik ketika Belanjawan 2027 memperluaskan akses pembiayaan perumahan dan pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama.

Ketua Pegawai Operasi, Perancangan Kumpulan dan Perkhidmatan Korporat MK Land Holdings Bhd, Nazri Tumin, berkata perhatian berterusan terhadap kos pembinaan, proses kawal selia dan keseluruhan kos pembangunan perumahan penting bagi membolehkan pemaju menawarkan kediaman pada harga kompetitif.

Menurutnya, syarikat menyambut baik kemudahan jaminan pembiayaan perumahan berjumlah RM20 bilion menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), selain peluasan pengecualian duti setem kepada pembeli rumah pertama menerusi Belanjawan 2027.