KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap pertambahan peruntukan dalam Belanjawan 2027 bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf serta baik pulih kemudahan di institusi pengajian tinggi (IPT) dilaksanakan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, keperluan naik taraf itu melibatkan universiti, politeknik dan kolej komuniti, selain mengambil kira aspek kebajikan pelajar.

Katanya, terdapat kemudahan di institusi berkenaan yang sudah lama dan memerlukan kerja-kerja baik pulih.

“Untuk KPT, tentunya kita mengharapkan ada pertambahan belanjawan kerana belanjawan  seperti yang kita ketahui berkaitan dengan pembangunan dan juga pengurusan.

“Kita harapkan juga akan ada beberapa peruntukan berkaitan pembangunan. Sebagai contoh, kita perlu melihat aspek kebajikan pelajar dari segi keadaan tempat di universiti, politeknik dan kolej komuniti yang memerlukan langkah-langkah baik pulih, ada yang sudah begitu lama.