Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menyifatkan perbuatan seorang lelaki yang tular selepas didakwa terbabit dalam ritual keagamaan lain di Batu Caves, baru-baru ini boleh menjejaskan akidah.
PU Syed berkata, tindakan individu terbabit yang juga adik kepada seorang pelakon wanita itu amat mengejutkan dan perlu dipandang serius terutama oleh pihak berkuasa agama.
Menurutnya, insiden berkenaan mengimbau kembali liputan kes ajaran sesat Ayah Pin sekitar 2000, namun kali ini ia dilakukan secara terbuka di platform media sosial.
"Dahulu pada zaman kes Ayah Pin, maklumat terhad kerana internet dan media sosial belum meluas. Namun hari ini, perbuatan sebegini tersebar luas dengan pantas sebaik sahaja isu itu tercetus.









