Kota Bharu: Keluarga jururawat yang ditikam enam kali oleh suaminya pada 5 Oktober lalu tidak mahu suspek menerima hukuman sebagai pembalasan, sebaliknya berharap keadilan dapat ditegakkan.

Anak sulung mangsa, Nik Ruziany Nik Ahmad Ruzi, 19, berkata, dia berharap kejadian menimpa ibunya itu tidak berulang kepada orang lain.

"Saya tidak mahu dia (suspek) menerima hukuman berat sebagai pembalasan.

"Saya cuma berharap keadilan dapat diberikan kepada ibu supaya perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain," katanya yang juga anak sulung daripada dua beradik.