KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi membangunkan lebih banyak harta intelek (IP) animasi yang mampu bersaing di pasaran global menerusi sokongan kerajaan, kerjasama antarabangsa dan strategi komersial jangka panjang yang lebih kukuh.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak, berkata industri animasi tempatan sudah memiliki bakat kreatif, pengalaman serta kejayaan yang boleh dijadikan asas untuk melahirkan lebih banyak IP berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Beliau menyambut baik inisiatif kerajaan memperkukuh ekosistem animasi dan membangunkan 20 IP baharu, yang disifatkan mampu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk mengembangkan karya mereka ke pasaran global.










