KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan Universiti Al-Azhar dalam menyebarkan ilmu dan memantapkan nilai serta sikap kesederhanaan, kata Bekas Mufti Besar Mesir, Sheikh Prof Dr Ali Juma'ah.
Sheikh Ali berkata, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kata-kata yang baik serta sikap positif dizahirkan terhadap kunjungan mereka ke Malaysia dan peranan Universiti Al-Azhar.
"Saya menghargai kata-kata ini yang mencerminkan hubungan erat persaudaraan, keilmuan dan kerohanian antara Mesir dengan Malaysia, selain mengesahkan kedudukan Al-Azhar Al-Sharif dalam hati rakyat Malaysia yang bersaudara," katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.









