MANCHESTER: Bekas kapten legenda Manchester United, Gary Neville sekali lagi meluahkan rasa berang dan membidas pemain skuad Red Devils yang didakwa gagal mempamerkan kesungguhan ketika diikat Tottenham Hotspur, sambil memberi amaran keras bahawa mereka berisiko 'dibelasah' Atletico Madrid pada pertengahan minggu ini.
Skuad kendalian United menjadi mangsa ejekan penyokong sendiri di Old Trafford pada Sabtu apabila gagal mempertahankan kelebihan sebelum dibolosi gol lewat saingan oleh sepuluh pemain Spurs, sekali gus melebarkan rekod tanpa kemenangan kepada empat perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.
Menurut Neville, sikap kurang berjuang kini jelas ketara dalam kalangan pemain, terutamanya apabila penyokong mula mempersoalkan tahap kerajinan mereka berlari di atas padang menyusuli pendedahan Youri Tielemans bahawa pasukan itu tidak banyak bekerja keras dalam aspek terbabit ketika sesi pramusim.









