Sepang: Masyarakat perlu berwaspada dengan aktiviti penipuan pakej haji dan umrah oleh individu atau pihak tidak yang berlesen, termasuk pakej badal haji pada harga tidak munasabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya sudah meneliti dan memantau pakej yang diragui bagi mengelakkan masyarakat menjadi mangsa penipuan.

"Sebelum ini terdapat tawaran pakej badal haji pada harga serendah RM2,500 hingga RM5,000.

"Hampir mustahil untuk menawarkan pakej pada harga murah, sekarang ini pakej badal haji semuanya sudah mahal," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan (KHUP 5) di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), di sini, hari ini.