PETALING JAYA – Gara-gara leka menonton video pernikahan pasangan popular, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah, ada suami yang terpaksa berlapar apabila isteri masing-masing lambat menyediakan hidangan hujung minggu ini.
Fenomena pasangan yang menjadi perhatian ramai itu bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, malah turut mengundang perhatian apabila video berkaitan mereka terus menjadi bahan tontonan di media sosial sehingga hari ini.
Bagi pengguna Threads, Aidil Izam, keterujaan isterinya mengikuti perkembangan majlis pernikahan pasangan BASS itu menyebabkan wanita tersebut lewat menyediakan juadah tengah hari selama dua hari berturut.









