am@hmetro.com.my
Putrajaya: Golongan mahasiswa perlu merebut kesempatan di universiti untuk mengasah bukan sahaja ilmu dan bakat tetapi juga akhlak serta sahsiah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa kebanyakan individu yang terbabit dalam salah laku rasuah termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB), FELDA dan Tabung Haji (TH) terdiri daripada golongan yang berpendidikan.
Katanya, hampir keseluruhan mereka adalah siswazah, malah ada yang mempunyai kelayakan Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
"Tanpa kekuatan dalaman seperti yang pernah diungkapkan oleh Malik Bennabi, mengenai perjuangan dalaman hati nurani (inner struggle of conscience) yang menginginkan pembaharuan dan perubahan ke arah kebaikan, kita mudah mengetepikan persoalan mengenai apa yang hak dan batil, serta apa yang makruf dan mungkar.






