PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana di sini pada Sabtu, sekali gus menandakan langkah penting ke arah meningkatkan hubungan Malaysia-Mesir kepada perkongsian strategik selepas lebih enam dekad menjalinkan hubungan diplomatik.Pertemuan yang diadakan bersempena dengan lawatan negara dua hari El-Sisi itu, memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menilai semula kerjasama dua hala, meneroka bidang kerjasama baharu, serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.Presiden Mesir itu, yang mengadakan lawatan negara buat julung-julung kali ke Malaysia sejak menyandang jawatan pada Jun 2014, tiba di kompleks berkenaan pada 12.58 tengah hari untuk menghadiri beberapa acara rasmi yang bertujuan memperkukuh hubungan politik, ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.Program bermula dengan upacara menandatangani buku pelawat dan sesi fotografi rasmi sebelum Anwar dan El-Sisi meneruskan pertemuan secara tertutup.Pemimpin berkenaan juga dijadual mempengerusikan perbincangan dua hala yang melibatkan delegasi kedua-dua negara, dengan menumpukan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor utama, khususnya perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi.Antara Jemaah Menteri yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.Pertemuan itu antara lain membincangkan cadangan untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Mesir untuk mengukuhkan lagi kerjasama ke tahap lebih tinggi.Kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.Sidang media bersama dijadual diadakan selepas perbincangan dua hala itu, dengan Anwar dan El-Sisi dijangka menggariskan hasil pertemuan serta hala tuju hubungan Malaysia-Mesir pada masa hadapan.Anwar juga dijadual menganjurkan majlis minum petang rasmi untuk meraikan Presiden Mesir itu.Pada acara berkenaan turut diadakan pameran yang menampilkan model Proton Saga dan Modenas terbaharu, sekali gus mengetengahkan industri automotif Malaysia serta jenama tempatan.Mesyuarat itu berlangsung ketika hubungan ekonomi Malaysia dan Mesir semakin meningkat yang menyaksikan nilai perdagangan dua hala melonjak 74.7 peratus kepada RM3.49 bilion (AS$0.87 bilion) dalam tempoh lapan bulan pertama 2026.Pada 2025, Mesir ialah rakan dagang ketujuh t
Anwar, El-Sisi adakan pertemuan, perkukuh hubungan Malaysia, Mesir ke arah perkongsian strategik

Key points
- Pertemuan yang diadakan bersempena dengan lawatan negara dua hari El-Sisi itu, memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menilai semula kerjasama dua hala, meneroka bidang kerjasama baharu, serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
- Presiden Mesir itu, yang mengadakan lawatan negara buat julung-julung kali ke Malaysia sejak menyandang jawatan pada Jun 2014, tiba di kompleks berkenaan pada 12.58 tengah hari untuk menghadiri beberapa acara rasmi yang bertujuan memperkukuh hubungan politik, ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.
- Pertemuan itu antara lain membincangkan cadangan untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Mesir untuk mengukuhkan lagi kerjasama ke tahap lebih tinggi.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata
- Utusan Malaysia Lawatan sulung El-Sisi ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala
- Sinar Harian Anwar, El-Sisi adakan pertemuan, perkukuh hubungan Malaysia, Mesir ke arah perkongsian strategik (this story)







