PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir berhasrat memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan melangkaui pengajian Islam, merangkumi kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama pendidikan meliputi pelbagai disiplin, selaras peningkatan permintaan terhadap kepakaran dalam bidang teknikal dan profesional.
"Saya memberitahu Presiden (El-Sisi) bahawa pendidikan di Mesir bukan hanya tertumpu kepada Universiti Al-Azhar yang kekal penting dalam pendidikan Islam, tetapi negara itu turut mengembangkan bidang elektrik dan elektronik, teknologi digital, AI, kejuruteraan dan perubatan.








