KOTA BHARU: Peniaga di Rantau Panjang menyifatkan pengumuman kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 semalam berhubung penyambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke kawasan itu mampu merancakkan semula ekonomi di kawasan berkenaan yang kini terjejas teruk.

Ini kerana peniaga mendakwa, sudah beberapa tahun perniagaan mereka lesu dan terjejas teruk dengan ada dalam kalangan mereka gulung tikar berikutan kurang sambutan terutama pelancong.

Peniaga, Hamid Salleh, 55, berkata pengumuman penyambungan laluan ECRL itu antara yang ditunggu-tunggu penduduk terutama dalam kalangan peniaga zon bebas cukai.

"Sebelum ini kami ada mendengar khabar angin mengatakan ECRL disambung sehingga ke Rantau Panjang, namun ia belum disahkan.