KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki menangkis dakwaan kononnya filem tempatan semakin tenat apabila ia berjaya mencatatkan kutipan box office melebihi RM250 juta sepanjang tahun lalu.

Afdlin berkata, pencapaian itu membuktikan industri perfileman tempatan bukan sahaja terus relevan, malah berupaya menewaskan penguasaan filem antarabangsa di pawagam tanah air.

Menurutnya, persepsi skeptikal sesetengah pihak yang memandang rendah kemampuan naskhah tempatan berbanding filem Hollywood kini terbatal menerusi angka jualan tiket yang memberangsangkan.

"Selama ini kita asyik dengar orang kata filem Malaysia dah mati, orang tak nak tengok filem Melayu dan pawagam dah tak relevan, tapi tengoklah angka kutipan (tiket) kita.