KUALA LUMPUR: Walaupun memiliki bekalan selesa hasil kemenangan 4-1 pada aksi suku akhir pertama, Selangor FC tidak akan mengambil mudah cabaran Star City FC menjelang pertemuan kedua Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon menegaskan pasukannya perlu mengekalkan tempo permainan dan terus memberikan tekanan kepada lawan bagi memastikan slot ke separuh akhir menjadi milik Red Giants.

Menurutnya, Piala FA adalah antara kejohanan penting buat Selangor dan pemain tidak boleh selesa hanya kerana mempunyai kelebihan tiga gol menjelang aksi di laman sendiri.

"Bagi kami, Piala FA sangat penting. Walaupun kami mempunyai kelebihan tiga gol, kami tidak boleh kehilangan tempo permainan.