KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperuntukkan pelaburan RM43 bilion bagi tempoh 2025 hingga 2027 untuk memperkukuh dan memodenkan Grid Nasional, sekali gus memastikan sistem bekalan elektrik negara mampu memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM15 bilion bagi pengukuhan Grid Nasional seperti yang diberi penekanan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 sejajar usaha meningkatkan keupayaan infrastruktur tenaga negara bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

TNB dalam satu kenyataan, berkata pengukuhan Grid Nasional menjadi antara keutamaan penting bagi memastikan bekalan elektrik negara kekal stabil dan berdaya harap, khususnya ketika permintaan tenaga terus meningkat seiring perkembangan sektor ekonomi digital dan teknologi.