Kuala Lumpur: Skuad bola sepak wanita bawah 17 (B-17) tahun negara tidak perlu gentar berdepan India dalam pertarungan hidup mati untuk merebut tiket ke Piala Asia Wanita B-17 2027 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam esok.
India hadir dengan reputasi lebih baik selepas merekodkan 16 jaringan dalam dua aksi kelayakan Kumpulan E sebelum ini selepas membelasah Iraq 14-0 dan menundukkan Syria 2-0.
Pengendali skuad Malayan Tigress B-17, Takayoshi Ishihara bagaimanapun optimis bahawa barisan pemainnya juga mempunyai kualiti tersendiri dengan perancangan terbaik bakal dilakukan bagi pertembungan getir itu.
Bintang muda sensasi skuad negara, Lim You bersama pemain seperti Qaseh Riana Dafira Mohd Rafiuddin dan Keisha Adeliena Muhammad Khalid dilihat bakal menjadi taruhan untuk merobek gawang India.








