JOHOR BAHRU - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita 83,000 kilogram lemak haiwan bernilai RM310,606.26 yang disyaki dibawa masuk dari Mongolia di Pelabuhan Pasir Gudang pada Jumaat.AKPS memaklumkan sitaan konsainan dagangan komoditi pertanian membabitkan empat beg tangki fleksibel itu hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa pada 10 pagi."Barangan itu didapati dibawa masuk tanpa permit import mengikut peraturan undang-undang semasa. Justeru, semua barangan dagangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut," menurut AKPS dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut AKPS, sebarang ketidakpatuhan atau cubaan mengimport tanpa dokumen sah di pintu masuk negara adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama
AKPS sita 83,000kg lemak haiwan bernilai lebih RM310,000

Key takeaways
AKPS menyita 83,000kg lemak haiwan bernilai RM310,606.26 yang disyaki dibawa masuk dari Mongolia tanpa permit import.
- Sitaan dilakukan di Pelabuhan Pasir Gudang pada Jumaat.
- Barangan itu dibawa masuk tanpa dokumen sah mengikut undang-undang.
- Kesalahan mengimport tanpa permit di bawah Seksyen 11(1) Akta 728.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian AKPS sita 637 tan biji koko bernilai hampir RM11.9 juta
- Sinar Harian AKPS sita 83,000kg lemak haiwan bernilai lebih RM310,000 (this story)








