Kuala Lumpur: Lemak haiwan seberat 83 tan dari Mongolia bernilai RM310,000 disita Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selepas dikesan dibawa masuk tanpa permit import di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor, semalam.

AKPS dalam kenyataan hari ini berkata, rampasan dilakukan hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasanya di kawasan ruang pemeriksaan kontena kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan menemukan 83,000 kilogram lemak haiwan yang tidak boleh dimakan disimpan dalam empat beg tangki fleksibel dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM310,606.

"Barangan berkenaan didapati dibawa masuk tanpa permit import mengikut peraturan undang-undang semasa.