PUTRAJAYA – Pelakon Mierul Aiman menyokong gerakan kempen membeli barang buatan Malaysia sepertimana yang sedang tular dalam media sosial ketika ini.

Menurut Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, produk keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk antarabangsa dan dia sendiri merupakan pengguna produk buatan tempatan.

“Kualiti produk tempatan dengan antarabangsa kini sudah setanding. Saya sendiri kini banyak menggunakan produk tempatan.

“Saya suka melihat bila ramai yang mula membuka mata dan menyokong produk tempatan terutamanya daripada golongan muda.