KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Ropie tampil memberi respons kepada komen netizen di media sosial yang mempersoalkan bayaran diterima beliau ketika bekerjasama dengan jep Sepahtu.

Jelas Ropie, Rezeki tidak diukur pada jumlah bayaran atau wang semata-mata, sebaliknya dinilai melalui keberkatan, rasa cukup dan ketenangan hati.

“Setiap rezeki dan ujian yang Allah berikan itu berbeza-beza. Daripada mempersoalkan apa yang kita tiada, lebih baik kita mensyukuri apa yang Allah telah berikan pada kita kerana itulah yang tertulis dan terbaik buat kita.

“Belajarlah bersyukur untuk menerima, menghargai, dan memanfaatkan setiap nikmat yang ada walaupun ia sekecil apa pun,” ujarnya.