LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap dasar kerajaan memperkenalkan gaji permulaan minimum RM2,500 sebulan kepada graduan seperti dalam pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lalu disokong majikan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mengharapkan dasar itu diguna pakai oleh majikan biarpun ketetapan itu adalah di luar bidang kuasa KPT.
"Pelarasan itu dibuat pada peringkat kebangsaan secara menyeluruh seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi, apabila ia dilaksanakan nanti adalah di peringkat pekerjaan masing-masing.
"Itulah dasar yang sudah pun diumumkan. Jadi, saya harap ia dapat dipakai (dilaksanakan) oleh pihak majikan," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Bantuan Pendidikan Bersasar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Mohd Anwar, TVETMara, di sini, hari ini.








