PETALING JAYA – Orang ramai di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan dan Kota Belud, Sabah dinasihatkan agar tidak panik sekiranya melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang pada altitud rendah mulai esok hingga 20 Oktober ini.
TUDM dalam kenyataan memaklumkan, penerbangan tersebut merupakan sebahagian daripada latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 2/26 yang berlangsung dari 12 hingga 20 Oktober ini.
Latihan berkenaan melibatkan kerjasama m Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja (TLDM) bagi meningkatkan kebolehoperasian bersama antara ketiga-tiga perkhidmatan.
Selain itu, latihan tersebut turut bertujuan menilai tahap keberkesanan pelaksanaan penugasan operasi bersama di peringkat taktikal.










