PETALING JAYA – UMNO Bahagian Bukit Gantang memperkukuh gerakan kemasyarakatan menerusi penubuhan SBX yang bakal melaksanakan pelbagai program kebajikan, pendidikan, sukan dan pembangunan belia sepanjang tahun.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, gerakan itu akan bermula di Kampung Paya Baharu, Kamunting, sebelum diperluaskan ke seluruh Taiping dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada Disember ini.

Menurutnya, SBX diwujudkan bagi menggalakkan masyarakat memainkan peranan lebih aktif dalam membantu komuniti, termasuk menerusi program kebajikan dan bantuan bencana.