PETALING JAYA: Penerbangan membawa jemaah umrah yang sepatutnya mendarat di Jeddah dilencongkan ke Madinah susulan situasi keselamatan di rantau Asia Barat yang semakin tegang.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @f.azzahra88, memaklumkan pesawat dinaiki mereka akhirnya mendarat di Madinah selepas berlegar-legar di ruang udara Jeddah.

Bagaimanapun, jemaah berkenaan tidak dibenarkan turun di terminal dan terpaksa menunggu di dalam pesawat.

"Selamat mendarat di Madinah tetapi mendarat di kawasan terbuka. Hanya boleh menunggu dalam pesawat sahaja.