KUALA LUMPUR: Dana Usaha Niaga Ekonomi Baharu bernilai RM1.25 bilion yang ditubuhkan Sime Darby Property Bhd bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menyokong pembangunan pusat data bernilai tinggi serta aset logistik di Bandar Elmina.

Syarikat itu menyambut baik Belanjawan 2027 yang disifatkan mampu merangsang pelaburan domestik, memperluas pemilikan rumah dan mempercepat peralihan hijau negara.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican, berkata syarikat itu menghargai pengiktirafan Perdana Menteri terhadap dana bernilai RM1.25 bilion yang ditubuhkan bersama KWSP dan LTAT.

"Secara khusus, dana ini menyokong usaha strategik kami untuk membangunkan pusat data bernilai tinggi dan aset logistik di Bandar Elmina, sekali gus memperkukuh infrastruktur digital dan perindustrian Malaysia.