PETALING JAYA: Keluarga lega penerbangan dinaiki sekumpulan jemaah umrah dari Malaysia yang terpaksa dilencongkan ke Madinah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi.
Perkembangan itu dikongsikan pengguna Threads, Bob Sazali, menerusi hantaran mengenai situasi cemas yang dimaklumkan oleh abang iparnya ketika perjalanan berkenaan.
Menurut perkongsian itu, penumpang turut diminta mengosongkan laluan berhampiran pintu kecemasan, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai situasi yang sedang berlaku ketika itu.
"Pesawat ini sedang mengisi bahan api... sila buka tali pinggang anda. Inilah antara pengumuman yang dikatakan diterima abang ipar saya dan penumpang lain sebelum selamat mendarat pagi tadi (waktu Malaysia).









