Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bangkit mengutip dua mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 keseluruhan walaupun bermula di petak ke-26 atau paling belakang pada Grand Prix (GP) Indonesia di di Litar Antarabangsa Mandalika, hari ini.

Dalam perlumbaan itu, Hakim Danish tetap menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya memotong seorang demi seorang pelumba lain sehingga berada di kedudukan ke-10 pada satu ketika.

Namun, beberapa pusingan terakhir menyaksikan dia sedikit sukar bertahan dan pelumba lain mengambil kesempatan untuk memintasnya.

Hakim Danish ketinggalan 26.059 saat di belakang Maximo Quiles dari CFMOTO Gaviota Aspar Team yang menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat.