WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam menggesa supaya Ukraine 'mendapatkan pemimpin baharu' selepas Volodymyr Zelensky mengecam tindakan Washington melonggarkan sekatan terhadap diesel dari Russia.
Kecaman itu dibuat tatkala Trump berdepan tekanan berkait isu lonjakan harga bahan api menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS, beberapa minggu lagi.
Trump mempertahankan perjanjian yang membenarkan lebih banyak diesel Russia memasuki pasaran global, selepas mendakwa bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin, 'amat' mahu mencapai penyelesaian terhadap konflik di Ukraine.
Sebaliknya, Trump menuduh Presiden Ukraine menghalang perjanjian dengan Moscow dan mengingkari arahan supaya tidak menyerang loji penapisan minyak Russia.









