KUALA LUMPUR: Tular video memaparkan detik cemas anggota polis mengejar dua individu dipercayai penjenayah curi kabel di persimpangan lampu isyarat di bawah jejambat berhampiran Setiawangsa di sini.

Difahamkan kenderaan dinaiki penjenayah terbabit cuba melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.

Berdasarkan video tular berkenaan, sebuah pikap dinaiki suspek cuba melarikan diri ketika dikejar kenderaan polis.

Rakaman berkenaan turut memaparkan beberapa individu, termasuk anggota polis mengejar dua suspek yang melarikan diri.