AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) bersedia dengan pelan alternatif bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan nama dan logo Perikatan Nasional (PN) tidak memihak kepada mereka.
Setiausaha Agung WAWASAN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata permohonan rasmi sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membolehkan PN terus menggunakan nama dan logo rasminya pada pilihan raya berkenaan.
Menurutnya, keputusan awal mahkamah berhubung perkara itu dijangka diketahui 13 Oktober ini, namun pihaknya tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kita turut menyediakan pelan B sekiranya keputusan mahkamah pada 13 Oktober ini tidak memihak kepada PN.









