SEREMBAN: Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perak dan Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok, selepas ditutup Jumaat lalu susulan keadaan jerebu.

Jabatan Pendidikan kedua-dua negeri dalam kenyataan berkata keputusan dibuat susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang lebih baik.

Di IPOH: Pengarah Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar berkata semua sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM Perak hendaklah beroperasi seperti biasa esok.

"Pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU dan perkembangan keadaan jerebu melalui data rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main," katanya dalam kenyataan, hari ini.