SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Isnin.Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.'Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau keadaan kualiti udara, mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah terpelihara."Murid juga disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko," menurut kenyataan itu.Menurut JPNS, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan.Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa dan penjaga diminta mengikuti saluran rasmi JPNS untuk mendapatkan maklumat terkini.Pada Jumaat lalu, semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan ditutup susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan.Penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM berdasarkan bacaan IPU di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada jam 5 petang. .
Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok

Key takeaways
Semua sekolah di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok berdasarkan pemantauan keadaan semasa dan IPU.
- JPNS memutuskan sekolah beroperasi seperti biasa pada Isnin.
- Murid disarankan memakai pelitup muka untuk keselamatan kesihatan.
- JPNS akan terus pantau keadaan dan kemas kini maklumat jika perlu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Berita Harian , Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok
- Sinar Harian Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok (this story)
- Utusan Malaysia Semua sekolah di Negeri Sembilan dibuka esok








