TAMPIN – Seorang lelaki menemui sebutir bom lama jenis mortar 60 milimeter (mm) di tepi Sungai Chemangkoh, Gemencheh di sini malam Ahad.Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan objek yang disyaki bom itu kira-kira jam 9 malam."Susulan laporan itu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan terdapat sebutir objek dipercayai bom lama di lokasi berkenaan."Hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan objek berkenaan adalah sebutir bom lama tidak meletup jenis Mortar 60 mm berukuran kira-kira 30 sentimeter," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, pemeriksaan di kawasan sekitar juga tidak menemukan sebarang ancaman lain yang mencurigakan.Ujarnya, pasukan Unit Pemusnah Bom menjalankan tindakan pemusnahan bom terbabit.
Bom mortar ditemui tepi Sungai Chemangkoh

Key takeaways
Sebuah bom lama jenis mortar 60 mm ditemui di tepi Sungai Chemangkoh oleh seorang lelaki.
- Bom ditemui di Gemencheh pada malam Ahad.
- Polis mengesahkan bom itu tidak meletup dan berukuran sekitar 30 sentimeter.
- Unit Pemusnah Bom menjalankan tindakan pemusnahan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Bom mortar ditemui di tepi Sungai Chemangkoh
- Sinar Harian Bom mortar ditemui tepi Sungai Chemangkoh (this story)








