KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh usaha mengekalkan jururawat sedia ada menerusi penambahbaikan kebajikan serta prospek kerjaya bagi menangani penghijrahan ke luar negara.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, antara langkah yang dilaksanakan ialah penambahbaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta pemberian insentif dan elaun mengikut kelayakan termasuk kenaikan Bayaran Insentif Pos Basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan."Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif dan kebajikan mereka terpelihara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026-2030 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata, KKM turut mengekalkan waktu bekerja 42 jam seminggu bagi jururawat yang bertugas secara syif, selain memperluas peluang latihan dan kenaikan pangkat serta memberikan fleksibiliti penempatan menerusi sistem pertukaran secara suka sama suka.Dzulkefly berkata, jururawat adalah antara skim perkhidmatan yang paling banyak mendapat manfaat daripada sistem pertukaran berkenaan manakala proses pengambilan turut dipercepat bagi mengisi kekosongan jawatan.Beliau berkata, KKM tidak lagi mengambil jururawat secara kontrak sebaliknya semua pengambilan baharu ditawarkan jawatan tetap.Sementara itu, Dzulkefly, berkata KKM turut berusaha mempercepat penyerapan pegawai farmasi kontrak ke jawatan tetap dengan kerjasama Kementerian Kewangan.Beliau berkata, setakat Julai lepas, sebanyak 3,545 pegawai farmasi kontrak masih berkhidmat dengan KKM manakala 115 lagi berada dalam senarai simpanan atau menunggu lantikan tetap.Dzulkefly juga berharap proses itu dapat dipercepat bagi membolehkan pegawai farmasi terbabit diserap ke perkhidmatan tetap. - Bernama
KKM percepat pengambilan, perkukuh usaha kekalkan jururawat - Dr Dzulkefly

Key takeaways
KKM mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh usaha mengekalkan jururawat sedia ada dengan penambahbaikan gaji dan kebajikan.
- KKM meningkatkan gaji dan insentif jururawat, termasuk kenaikan Bayaran Insentif Pos Basik kepada RM200 sebulan.
- Jururawat diberi fleksibiliti penempatan dan peluang kenaikan pangkat serta latihan.
- KKM tidak lagi mengambil jururawat secara kontrak, tetapi menawarkan jawatan tetap.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian KKM percepat pengambilan, perkukuh usaha kekalkan jururawat - Dr Dzulkefly (this story)
- Utusan Malaysia KKM percepat penyerapan 3,545 pegawai farmasi kontrak
- Free Malaysia Today KKM segerakan pengambilan, perkukuh usaha kekalkan jururawat








