Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif dan kebajikan mereka terpelihara, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mempercepat pengambilan jururawat baharu dan memperkukuh usaha mengekalkan jururawat sedia ada menerusi penambahbaikan kebajikan serta prospek kerjaya bagi menangani penghijrahan ke luar negara.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, antara langkah yang dilaksanakan ialah penambahbaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta pemberian insentif dan elaun mengikut kelayakan termasuk kenaikan Bayaran Insentif Pos Basik daripada RM100 kepada RM200 sebulan.
“Keutamaan KKM adalah untuk memastikan perkhidmatan kejururawatan awam kekal kompetitif dan kebajikan mereka terpelihara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026-2030 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.







