Firefly memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi perkembangan situasi cuaca berubah-ubah. (Gambar Bernama)SINGAPURA: Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura mulai semalam esok sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca serta jerebu.
Syarikat penerbangan itu memaklumkan pembatalan berkenaan membabitkan enam perkhidmatan penerbangan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131 serta FY3132 dan FY3133.
"Penumpang terjejas sedang dihubungi dan akan dipindahkan ke penerbangan Malaysia Airlines yang tersedia bagi laluan Kuala Lumpur-Singapura, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.







