ISKANDAR PUTERI: Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pagi ini, terjejas dan mengalami penangguhan waktu berikutan faktor cuaca teruk yang menyebabkan jarak penglihatan menjadi sangat rendah.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, situasi itu menjejaskan sekurang-kurangnya lima penerbangan selepas pesawat tidak dapat mendarat demi mematuhi piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan.
Beliau berkata, berikutan keadaan itu, beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Changi, Singapura.
"Bukan sahaja pesawat tidak boleh mendarat, malah penerbangan yang belum berlepas dari tempat asal turut diminta menangguhkan jadual mereka.










