PETALING JAYA – Seramai kira-kira 1.33 juta etnik Rohingya kini berada di luar Myanmar, dengan Bangladesh menjadi negara yang menampung jumlah terbesar diikuti Malaysia, India, Indonesia dan Thailand.

Berdasarkan infografik Public Health Malaysia yang merujuk data terkini UNHCR sehingga 31 Disember 2025, Bangladesh menempatkan kira-kira 1.178 juta Rohingya, sekali gus menyumbang hampir 88.6 peratus daripada keseluruhan populasi Rohingya di luar Myanmar.

Malaysia pula berada di tempat kedua dengan kira-kira 125,500 orang, manakala India merekodkan sekitar 22,700 orang.

Indonesia menempatkan kira-kira 2,600 Rohingya, sementara Thailand mencatat jumlah sekitar 500 orang.

Secara keseluruhan, lima negara berkenaan menjadi lokasi utama penempatan Rohingya di rantau Asia selepas mereka meninggalkan Myanmar akibat konflik, tekanan dan ketidakstabilan yang berpanjangan.