PETALING JAYA - Pemergian 'orang kuat' di sebalik gerakan #QuranHour, Marhaini Yusoff ke negeri abadi disifatkan sebagai kehilangan yang amat besar terhadap perjuangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengQurankan bangsa dan mengIkhlaskan ummah.Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan arwah sebagai susuk tubuh yang gigih, rajin dan kaya dengan idea untuk membawa gerakan siri kempen #QuranHour serta RumahNgaji dikenali di seluruh negara.Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF itu bahkan tidak pernah menyerah dalam memperjuangkan landasan agama Islam sehingga detik-detik terakhir kepulangannya."Arwah dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, sepatutnya beliau ke Kelantan pada Jumaat lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak Wanita Kelantan dan Wanita #QuranHour semalam (Sabtu)."Jadi, beliau tidak dapat hadir tetapi arwah masih berkomunikasi dengan saya tentang gerakan ini."Programnya, alhamdulillah berjalan dengan sangat lancar cuma itulah air tangan terakhir beliau," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai di sini pada Ahad.Hussamuddin berpandangan, perjuangan #QuranHour tetap perlu diteruskan dalam usaha menyuntik semangat masyarakat untuk baca, faham dan amal kitab suci al-Quran."Allahyarham Marhaini saya kira masanya tamat (perkhidmatan). Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk meneruskan perjuangan ini."Diharapkan warga Karangkraf, WUIF dan Rumah Ngaji di seluruh Malaysia dapat bersatu hati."Sekiranya semua umat Islam boleh baca, faham dan amal al-Quran, nescaya ummah akan selamat," katanya.Marhaini, 56, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.44 pagi di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh selepas mendapat rawatan sejak Khamis lalu.Berdasarkan laporan daftar kematian, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman.Kesihatan Allahyarham Marhaini turut dilaporkan merosot sejak dua hingga tiga tahun terakhir dan kerap menjalani rawatan dialisis buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu.Arwah meninggalkan suami, Ambok Dalek Tahir, 71, dan lapan orang anak.Jenazah Marhaini diiringi sahabat-handai, saudara-mara dan warga kerja WUIF serta Karangkraf.Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara Seksyen 9 pada jam 3 petang dengan diiringi bacaan talkin oleh Imam Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, Mohamad Izuan Shah Mohd Asri.Selain memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia, jenama yang sudah memasuki tahun ke-12 itu meluaskan skala ke peringkat antarabangsa juga.Antaranya, World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, World #QuranConvention (WQC), Haramain #QuranHour, MY #QuranTime, Women #QuranHour Summit (WQHS) - Women of Grit, Rumah Ngaji, Tabung Gerakan Al-Quran dan banyak lagi.Di bawah inisiatif anjuran WUIF, masyarakat digalakkan meluangkan masa untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.Pada Jumaat lalu,
Pemergian 'orang kuat' WUIF amat dirasai

Key points
- PETALING JAYA - Pemergian 'orang kuat' di sebalik gerakan #QuranHour, Marhaini Yusoff ke negeri abadi disifatkan sebagai kehilangan yang amat besar terhadap perjuangan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengQurankan bangsa dan mengIkhlaskan ummah.
- Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan arwah sebagai susuk tubuh yang gigih, rajin dan kaya dengan idea untuk membawa gerakan siri kempen #QuranHour serta RumahNgaji dikenali di seluruh negara.
- Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF itu bahkan tidak pernah menyerah dalam memperjuangkan landasan agama Islam sehingga detik-detik terakhir kepulangannya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN,ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pemergian 'orang kuat' WUIF amat dirasai (this story)








