PETALING JAYA - "Jangan matikan dakwah, dunia bukan tempat kita berehat".Demikian antara amanat terakhir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof kepada anak-anak, keluarga dan warga kerja WUIF sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman pada Ahad.Anak Allahyarham, Siti Sarah Ambok Dalek, 28, berkata, arwah meminta keluarganya untuk tetap meneruskan dakwah yang telah diperjuangkan selama ini."Dia kata jangan matikan dakwah itu. Kita kena teruskan juga walaupun Ummi tak ada, kena ada orang yang wakilkan Ummi."Sebab Ummi nak rehat, jadi kena ada yang teruskan. Ingat, di dunia ini kita tak boleh berehat. Dekat akhirat nanti, apabila kita dah meninggal dunia, barulah kita boleh berehat," kata Siti Sarah ketika berkongsi pesanan terakhir ibunya.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, Allahyarham Marhaini Yusof meninggal dunia pada jam 8.44 pagi di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai selepas mendapat rawatan sejak Khamis.Siti Sarah yang juga Eksekutif Pengurusan Acara WUIF memaklumkan, Allahyarham sempat meluahkan rasa seolah-olah pemergiannya semakin hampir kerana terpaksa menanggung kesakitan disebabkan serangan jantung sehari sebelum dimasukkan ke wad.Tambahnya, bacaan degupan jantung terlalu tinggi dan penurunan tekanan darah ibunya secara mendadak semasa mendapatkan rawatan amat mencemaskan seluruh ahli keluarga."Ummi rasa ini kali 'last'. Ummi rasa macam sakit sangat," ujarnya pilu.Siti Sarah turut berkongsi, arwah sempat mencipta lagu ringkas dengan titipan mesej terakhir sebagai kenangan untuk anak dan cucu-cucunya.
‘Jangan matikan dakwah, dunia bukan tempat berehat’ - Amanat terakhir Marhaini Yusoff

Key takeaways
Marhaini Yusoff meminta keluarga dan warga kerjanya teruskan dakwah sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
- Marhaini Yusoff meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan kegagalan organ.
- Anaknya, Siti Sarah, menyampaikan amanat terakhir ibunya untuk teruskan dakwah.
- Marhaini menyuruh keluarga tidak berehat di dunia, kerana rehat hanya di akhirat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kualiti udara di Jakarta tempat keempat terburuk di dunia
- Berita Harian Perluaskan hasil cukai, jangan naik kadar - Bank Dunia
- Free Malaysia Today Parlimen bukan tempat sesuai bincang reformasi sukar, kata Nazir Razak
- Sinar Harian ‘Jangan matikan dakwah, dunia bukan tempat berehat’ - Amanat terakhir Marhaini Yusoff (this story)








