KUALA LUMPUR: Parlimen bukan tempat sesuai untuk perbincangan mengenai reformasi nasional yang kontroversi kerana ahli politik sering terikat dengan pendirian parti dan pertimbangan pilihan raya, kata Nazir Razak.
Pengerusi Yayasan Tun Razak itu berkata, Ahli Parlimen cenderung mematuhi arahan whip parti dan menjaga sokongan penyokong masing-masing, menyebabkan mereka sukar menyuarakan pandangan secara bebas mengenai isu sensitif.
“Di Parlimen, ahli politik perlu menjaga sokongan penyokong masing-masing dan pada masa sama mengikut arahan whip parti. Jadi, respons atau hujah dikemukakan sering dipengaruhi faktor lain, bukan semata-mata berdasarkan pandangan mereka sendiri tentang apa yang terbaik atau pandangan sebenar mereka terhadap sesuatu masalah.







