Singapura: Lewis Hamilton amat mengharapkan perlumbaan dalam keadaan basah pada Grand Prix (GP) Singapura minggu ini selepas hujan di Malaysia minggu lalu menyaksikan dia mempamerkan pemanduan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga walaupun bermula dengan tayar kering yang tidak sesuai.

Kekecewaan berlaku di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila jentera tidak dapat bergerak sebaik sahaja berada di litar basah akibat gangguan perisian.

Beberapa pelumba, termasuk Hamilton, terhenti ketika pusingan formasi pertama menyebabkan prosedur permulaan perlumbaan terpaksa dibatalkan.

Apabila perlumbaan akhirnya dimulakan hampir sejam kemudian, hujan sudah berhenti dan dalam tempoh kira-kira sembilan pusingan, permukaan litar kembali kering.